Dikecam Berani Mati Pertikai Keputusan Hakim, Fathia Latiff Tak Kisah Apa Orang Nak Cakap

Politics
14 Nov 2023 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selebriti terkenal, Nur Fathia Latiff teruk dikecam gara-gara mempersoalkan keputusan hakim melibatkan kes dana Armada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas Syed Saddiq didapati bersalah atas empat pertuduhan.

Kata Fathia, hukuman yang dikenakan ke atas figura politik ini agak keterlaluan dan tidak padan dengan jenayah yang dilakukannya.

Tindakan Fathia meluahkan rasa tak puas hati itu menyebabkan selebriti yang kini bertugas sebagai kerani di sebuah firma guaman ini dikritik.

image is not available

image is not available

Tak melatah, Fathia berkata dia tak kisah pun apa orang nak cakap mengenai posting tular baru-baru ini. Dia juga tak kisah jika orang ramai nak anggap dia bodoh atau pintar bila menyuarakan pendapat.

image is not available

Jelas graduan undang-undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini lagi, tak ada ‘salah’ atau ‘betul’ dalam undang-undang. Apa yang penting adalah untuk menegakkan keadilan.

Dalam perkongsian terdahulu, Fathia ada berkongsi rakaman video daripada peguam yang menjelaskan tugas kerani di firma guaman bukan kaleng-kaleng. Jadi mungkin Fatiya meluahkan pandangan berdasarkan apa yang dia tahu kan..

Kredit: Instagram Fatiya Latiff

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.