Dikecam Marah Anak Ketika Live, Aliff Syukri Perjelas Niat Sebenar – “Kita Sama-Sama Cari Duit”

EntertainmentFamily & Parenting
29 Jul 2025 • 2:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Datuk Seri Aliff Syukri mencetuskan perhatian netizen apabila video dirinya memarahi dua anaknya, Ammar Ahyan dan Qadejah, ketika sesi siaran langsung di TikTok tular baru-baru ini.

Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Aliff dilihat menuding jari ke arah muka anaknya sambil mengeluarkan kata-kata tegas kerana tidak berpuas hati dengan sikap mereka ketika bersiaran.

Namun, Aliff menjelaskan bahawa niatnya bukan untuk marah semata-mata, tetapi ingin memberi pengajaran kepada anak-anak tentang kesusahan mencari rezeki melalui platform seperti TikTok.

Dia turut menyatakan bahawa dia sering bangun seawal jam 5 pagi untuk melakukan siaran langsung dan bekerja keras siang dan malam. Menurutnya, anak-anak tidak sepatutnya merungut kerana mereka tidak pernah dipaksa untuk bersiaran hingga lewat malam.

image is not available

Walaupun begitu, ramai netizen tetap tidak bersetuju dengan cara Aliff menegur anak-anak secara terbuka dan menganggap ia tidak sesuai dilakukan di hadapan khalayak ramai.

image is not available 2025-07-28 16:49:39

"Tahniah Datin Noor Hayati" - Aliff Syukri