Dikejar polis, individu pecut motosikal tinggalkan rakan berlari pegang ‘handbag’

3 May 2024 • 4:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Satu video memperlihatkan seorang individu memecut motosikal dan meninggalkan rakannya yang sedang berlari kerana dikejar polis telah tular di media sosial.

Kelam kabut di larikan diri

Menerusi muat naik seorang pengguna X dikenali sebagai rdnaiman, dapat dilihat individu sedang kelam kabut melarikan diri susulan dikejar oleh sebuah kereta peronda polis beserta beberapa orang anggota.

Dikejar polis, kawan pula tinggal

Kejadian yang dikatakan berlaku di Kampung Bukit Kapar ini terjadi di satu persimpangan jalan di percayai di Jalan Pasar Malam, Klang dan disaksikan orang awan yang kebetulan berada di sana.

Situasi cemas itu hanya mampu dilihat mereka apabila sebuah motosikal memecut laju meninggalkan seorang lagi rakannya yang masih berlari melepaskan diri sambil tangan memegang kemas sebuah beg tangan.

Beberapa anggota polis juga diliht berlari menyeberangi jalan demi mendapatkan mereka mungkin disebabkan tindakan yang dilakukan sebelum aksi kejar-mengejar itu berlaku.

image is not available

Dikejar polis, rakan mesti maki habis-habisan tu

Menjengah ke ruangan komen, ramai mengulas tindakan individu yang menunggang motosikal itu kerana tergamak meninggalkan rakannya sewaktu situasi panik tersebut.

Mereka juga menjangkakan rakan yang telah ditinggalkan berkenaan pasti memaki habis-habisan penunggang motosikal berkenaan kerana sanggup berlaku khianat seperti itu.

image is not available

Mau terkencing yang kena kejar

image is not available

Tak guna betul tinggal member

image is not available

Bukan peragut, cuma tiada lesen memandu

Walau bagaimanapun, menerusi kenyataan rasmi dari pihak Polis Daerah Klang, kedua-dua individu berkenaan bukanlah peragut dan mereka merupakan warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu.

Mereka juga mempunyai dokumen perjalanan yang sah serta hasil siasatan tidak menemui sebarang barang berbahaya. Difahamkan, pihak polis telah mengeluarkan saman terhadap mereka disebabkan tiada lesen memandu.