(Dikemaskini) Bank Islam Alami Gangguan Teknikal

TechnologyDigital
25 Nov 2024 • 4:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

[KEMAS KINI – 25 NOV/ 7:14 PM]: Bank Islam memaklumkan bahawa sistem serta aplikasi mereka telah pulih sepenuhnya dan kembali beroperasi seperti biasa.


Bank Islam mengalami gangguan teknikal sejak awal hari ini sehingga memberi kesan kepada penggunanya di seluruh Malaysia. Gangguan ini dikesan apabila rata-rata pengguna memaklumkan mengenai perkara itu bahawa aplikasi mereka gagal untuk diakses seperti yang sepatutnya.

image is not available

Dalam masa yang sama, Bank Islam turut akui bahawa pihaknya sedang mengalami isu teknikal yang mungkin mengganggu pengalaman perbankan pengguna. Selain itu menjelaskan isu-isu berkenaan lazimnya berlaku apabila aplikasi baharu dilancarkan. Turut dimaklumkan, Bank Islam akan menyegerakan proses membaik pulih serta meningkatkan keupayaan aplikasi tersebut untuk pengalaman perbankan yang lebih lebih baik. Hasil semakan kami melalui laman X khususnya mendapati rata-rata pengguna masih mengalami gangguan pada aplikasi perbankan masing-masing sehingga artikel ini ditulis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved