Dikenali Dengan Konten Suasana & Percutian Di Kampung, Pempengaruh ‘iamnazirul’ Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

LocalEntertainment
27 Dec 2024 • 12:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Industri pencipta kandungan hari ini diselubungi rasa sedih selepas pempengaruh yang dikenali dengan konten percutian ala kampung dan memperkenalkan kepada orang ramai untuk terokai kampung-kampung di sekitar negeri Perak dan Selangor.

Menerusi hantaran rakan pencipta kandungan, Azmeer Iskandar di laman sosial X, dia memaklumkan pempengaruh Nazirul Hakim telah dijemput Ilahi.

Pada yang mengenali Nazirul Hakim atau lebih dikenali iamNazirul di media sosial, beliau telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Al Fatihah.

image is not available

Sahabat almarhum yang juga pempengaruh, Akhi Fairuz mengesahkan bahawa Nazirul meninggal dunia akibat jangkitan kuman.

Tulisnya, Nazirul menghembuskan nafas terakhir pada jam 10 malam tadi selepas dimasukkan di hospital dan dirawat akibat jangkitan kuman sejak awal Disember.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 weeks ago

Penyanyi Wanita Thailand Ini Meninggal Dunia Selepas Jalani Tiga Sesi Urutan Leher