Dikenali Sebagai ‘Orang Tersembunyi’, Ketahui Lebih Lanjut Tentang Orang Bunian

26 Oct 2022 • 8:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Adakah anda percaya kewujudan orang bunian?

Dikenali Sebagai ‘Orang Tersembunyi’, Ketahui Lebih Lanjut Tentang Orang Bunian. Sekiranya ada kes orang hilang yang berlaku di dalam hutan, pasti ada yang beranggapan bahawa orang yang hilang ini mungkin telah disembunyikan oleh orang bunian.

Terdapat kepercayaan tahyul bahawa ada dunia lain yang menduduki dunia ini dan dunia ‘lain’ ini juga diduduki oleh masyarakat yang digelar ‘orang bunian’ – namun, kita tidak dapat melihat mereka dengan mata kasar. Jadi, siapakan orang bunian ini?

image is not available
Dikenali Sebagai ‘Orang Tersembunyi’, Ketahui Lebih Lanjut Tentang Orang Bunian

Dikatakan menghuni di hutan tebal

Bagi mereka yang tidak familiar dengan orang bunian, orang bunian ini merupakan makhluk halus dan sering diceritakan dalam kebanyakkan cerita rakyat Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Ia dipercayai bahawa makhluk halus ini tidak boleh dilihat oleh mata kasar, kecuali bagi mereka yang mempunyai ‘penglihatan spiritual’, atau ‘mata ketiga’.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Selain digelar ‘orang yang tersembunyi’, mereka juga didakwa merupakan sejenis jin tetapi mereka bukan dari jenis yang mengganggu kehidupan manusia sebagaimana jelmaan jin yang lain.

Mereka dipercayai menghuni di hutan tebal atau pergunungan di Borneo, Sumatera, dan Semenanjung Malaysia, jauh daripada perhubungan manusia. Tetapi, terdapat juga yang dipercayai menghuni penempatan manusia dan terdapat juga dikatakan berkongsi sama rumah dengan keluarga manusia.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Suara Sarawak

Didakwa ‘cantik’ dan ‘berperwatakan’ seperti manusia

Menurut lagenda, struktur sosial mereka adalah serupa dengan manusia, mempunyai keluarga, puak dan diraja mereka tersendiri. Malah, mereka sering digambarkan menggunakan pakaian gaya nusantara.

Didakwa ‘cantik’ dan ‘berperwatakan’ seperti manusia, mereka secara umumnya dianggap baik hati dan akan membantu manusia, terutamanya ahli sihir seperti dukun atau bomoh. Ia dikatakan mereka boleh berkahwin campur dengan manusia dan melahirkan anak ghaib!

Kebanyakkan orang percaya bahawa ‘masyarakat’ ini mempunyai kuasa ghaib dan mesti ditenangkan dengan ritual serta adat tertentu sebelum manusia dibenarkan memasuki kawasan yang mereka diami.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Kompas

Masa bergerak berbeza dari dunia nyata

Ia dipercayai masa bergerak berbeza dalam dunia orang bunian. Dikatakan, mereka yang berada dalam dunia orang bunian akan mengalami masa seolah-olah bergerak ‘seperti biasa’.

Namun, sebaik sahaja mereka meninggalkan dunia orang bunian dan kembali ke dunia nyata, banyak masa telah berlalu.

Sebagai contoh, pada awal tahun 2022, terdapat laporan seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya di Kelantan tetapi berjaya ditemui 30 jam kemudian.

Menurutnya dalam satu sesi live menerusi aplikasi TikTok mengenai kejadian itu, remaja terbabit berkata apa yang diingati adalah ‘cuma tidur selama sejam’, walhal realitinya dia tidak ditemukan dalam tempoh lebih 30 jam. Malah, remaja itu ditemui sekitar dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

image is not available
Remaja terbabit, Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, berkongsi menerusi TikTok mengenai pengalamannya ‘hilang’ selama 30 jam. Sumber: Utusan

Hormati persekitaran di sekeliling anda jika anda berada di kawasan yang tidak dikenali

Sama ada anda percaya kewujudan orang bunian atau tidak, ada kemungkinan besar wujud makhluk halus yang tinggal di kalangan kita kerana tiada penjelasan logik di sebalik beberapa kes yang telah diselesaikan melibatkan orang bunian.

Seperti kebanyakan adat mengajar kita, pastikan anda menghormati persekitaran anda terutamanya jika anda berada di kawasan yang tidak dikenali.

Lagi di sini: