Dikritik Baju ‘Melekat’ Nampak Bentuk Payudara, Tya Arifin Akui Terlepas Pandang – “Saya Tak Boleh Kawal Sesuatu Yang…”

Entertainment
29 Aug 2023 • 4:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, Tya Arifin ditegur warganet selepas memuat naik video mempamerkan dirinya menggayakan baju ketat sehingga menampakkan bentuk buah dadanya.

Video tersebut memaparkan Tya memasak menu lasagna untuk dihidangkan kepada keluarganya dan pakaian isteri Ashraf Khalid itu dikatakan kurang sesuai.

Tuan empunya badan akhirnya bersuara dan berkata dia tidak boleh nak menghalang sekiranya warganet bercakap tentang hal itu.

Tambah Tya, dia bagaimanapun tidak marah dan akui sudah bersedia dengan kritikan daripada warganet kerana tidak mampu untuk membuatkan mereka berhenti bercakap.

Saya tidak boleh kawal sesuatu yang orang akan terus menilai. Saya melihat dari sudut yang positif sahaja.

image is not available

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga percaya dia perlu bersedia dengan perkara yang tidak boleh dijangka jika terdedah dengan media sosial.

Tya juga berkata dia akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang konten di media sosial selepas ini dan mengakui khilaf yang datang daripada dirinya.

Mungkin ada perkara yang kami (produksi) terlepas pandang semasa proses menyunting video. Video itu agak panjang, mungkin ada perkara-perkara yang tidak dilihat terlalu terperinci, jadi ada bahagian yang tida sepatutnya dimuat naik.

image is not available 11 months ago

"Dia Edit Dan Buat Perspektif Sendiri" - Tya Arifin Tampil Jelaskan Isu Video 'Panas' 'Behind The Scene'