Dikritik biadab respon, pemilik kedai makan celup tepung nafi ada staf nama Dayang

LocalFood
17 Oct 2024 • 5:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemilik kedai makan celup tepung nafi dakwaan pihaknya berkelakuan biadab dalam memberi respon seperti mana tular di media sosial, baru-baru ini.

Menurut pemilik kedai Celup Tepung Viral TokBah, mereka tidak mempunyai mana-mana pekerja wanita bernama Dayang.

Pemilik kedai makan celup tepung nafi

Tegas pihak kedai berkenaan, ciapan yang dibuat oleh individu dikenali Dayang menerusi platform X adalah fitnah.

“Ya Allah, kami dianiayai, tiada staff atau pemilik bernama Dayang.
“Dari semalam dihentam teruk akibat posting dari Dayang.
“Kami sendiri tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan,”jelas pihak Celup Tepung Viral TokBah.

image is not available

Tegas mereka lagi, pemilik restoran tersebut dikenali Abah, sekali gus menafikan sekeras-kerasnya hantaran dimuat naik pengguna X Dayang9302.

Dayang buat ‘fake review’ guna nama influencer, Jason?

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna X dikenali Dayang menggunakan nama pensohor media sosial, Jason.

Dalam hantaran itu, Jason didakwa telah memberikan pujian makanan di kedai berkenaan serta ‘rating’ tinggi.

“No wonder lah Jason boleh bagi 9/10. Memang terbukti sedap,” tulisnya sambil menerangkan senarai makanan yang dijual di kedai makan bertempat di Selangor.

image is not available

Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila pengguna berkenaan menggunakan kata-kata kesan dan berkelakuan biadab erhadap netizen yang memberikan komen jujur terhadap kedainya.

Wanita terbabit juga menggelar seseorang sebagai si bodoh dek kerana individu tersebut suruh orang ramai melihat reviu terlebih dahulu sebelum berkunjung ke situ.

image is not available

image is not available

image is not available

Jason tak pernah pergi!

Difahamkan, Jason sendiri menafikan dakwaan sedemikian yang mana dia tidak pernah berkunjung kedai makan terbabit apatah lagi membuat review menerusinya.

image is not available