
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini pelakon yang juga seorang penyampai radio, Neera Azizi telah berkongsi satu video memaparkan dia dan suami membuat kejutan pengumuman jantina bayi yang sedang dikandungnya di hadapan Kaabah ketika berada di Tanah Suci Mekah.
Menerusi video yang tular, awalnya kelihatan Neera bersama suaminya berada di hadapan kaabah sebelum membuka satu kad yang memaklumkan mengenai jantina anak mereka.
Sebaik kad itu dibuka kelihatan tertera tulisan ‘congratulation it’s a baby girl’. Perkara tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian orang ramai yang tidak bersetuju dan mengkritik caranya itu.
Tampil nuat penjelasan selepas video gender reveal dikritik
Sedar video itu mendapat kritikan di kalangan orang ramai, Neera kemudiannya tampil membuat penjelasan mengenai isu itu.
Jelas Neera, pada mulanya video terbabit hanya dibuat sebagai tanda syukur atas kurniaan Allah SWT dan tidak mempunyai niat lebih daripada itu.
“Dan ini tidak bermakna kami ingin menegakkan kesalahan yang dibuat. Tanpa sedar kaedah kami dilihat kurang beradab.
“Terima kasih atas teguran yang diberikan, apa-apa pun kami terima dengan hati yang terbuka atas teguran dan kami anggap ia satu nasihat yang baik.
“Insya-Allah kekhilafan ini tidak akan berulang lagi dan di sini juga Neera nak menegaskan isu ini tidak ada berkait dengan mana-mana pihak agensi pelancongan. Ini adalah kekhilafan diri sendiri,” ujarnya dalam satu hantaran di Threads.
View on Threads
Akui manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan, video sudah dipadam
Katanya lagi, dia juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Menerusi semakan kami, video gender reveal berkenaan sudah diturunkan oleh Neera dari platform media sosialnya.
Melihat di ruangan komen, ramai yang senang dengan penjelasan itu dan berharap agar Neera lebih sensitif selepas ini.
Ada juga yang bersetuju dengan konsep kita semua belajar dari kesilapan dan mendoakan semoga urusan Neera sentiasa dipermudahkan.
“Permohonan maafyang sangat beradab tanpa mempertikaikan dan tanpa sebarang provokasi. Terbaik! semoga dipermudahkan urusan bersalin kelak”

“Harap di masa akan datang lebih sensitif. Semoga mudah urusan sis”

