Dikritik Gara-Gara Tak Bertudung, Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Netizen – “Pakai Tudung Pun Buat Apa Kalau Mulut Asyik Mengumpat”

EntertainmentOpinion
28 Jun 2025 • 3:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Rita Rudaini tampil menyelar sikap segelintir pihak yang suka menghakimi kehidupan orang lain dan berterusan mengkritik penampilannya yang tidak berhijab dan menutup aurat sepenuhnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar berkata, manusia khususnya golongan ibu bapa tidak sepatutnya terlalu cepat menghukum orang lain hanya berdasarkan luaran seseorang.

image is not available

Inilah realiti segelintir ibu bapa ulul albab yang rasa diri terpaling suci dan ahli syurga.

 

Hina orang nombor satu, lebih baik buka tudung tu. Merekalah pemegang kunci syurga selayaknya, asyik kira dosa orang.

image is not available

Dalam pada itu, pelakon itu menegaskan bahawa memakai tudung tidak wajar dijadikan topeng malah bukanlah lesen untuk menghina atau mengumpat orang yang belum menutup aurat dengan sempurna.

Pakai tudung pun buat apa makcik kalau mulut asyik mengumpat orang. Terpaling tudung labuh parent ulul albab ni.

image is not available

Sebelum ini, seorang wanita mempersoalkan mengapa Rita masih belum bertudung dan mempersoalkan bagaimana dia akan menjelaskan penampilannya kepada anak-anak kelak.

Tidak berdiam diri, Rita yang juga ibu tunggal kepada dua anak membalas secara sinis, menyindir sikap segelintir individu, khususnya ibu bapa yang seolah-olah merasakan diri mereka lebih baik daripada orang lain.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 4 days ago

"Apa Sumbangan Dia Sampai Layak Diiktiraf?" - Anugerah Pingat Diraja Rita Rudaini Dipersoal Sesetengah Netizen

View Original Article