Dikritik Sebab Berhenti Menari & ‘Malas’ Atas Pentas Ketika Konsert, Peminat Tampil Pertahankan Jennie BP

EntertainmentMusic
15 Jul 2025 • 10:57 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Persembahan Jennie bersama BLACKPINK baru-baru ini telah hangat menjadi kritikan.

Pada 12 dan 13 Julai, BLACKPINK telah menemui peminat di Los Angeles, untuk konsert jelajah ‘DEADLINE’ mereka yang berlangsung di Stadium SoFi.

Antara banyak hantaran yang meraih perhatian, salah satu video yang tular adalah persembahan BLACKPINK ketika mereka mempersembahkan lagu “DDU-DU DDU-DU”.

Khususnya, Jennie telah dikritik ramai menerusi klip berdurasi 13 saat itu kerana dia didakwa sedang berehat dan ‘malas’ untuk menari seperti ahli yang lain.

Tular sehingga 11.5 juta tontonan setakat ini, ramai yang menganggap bahawa tindakannya itu adalah tidak profesional sebagai seorang penghibur, tambahan pula dia sedang dilihat oleh puluhan ribu peminat.

Namun, BLINKS tampil mempertahankannya dan menjelaskan bahawa wanita itu sedang menghadapi masalah dengan monitor dalam telinganya dan terpaksa berhenti seketika ketika persembahan untuk membetulkannya.

Komen peminat,

  • Takkan dia nak rehat kejap pun tak boleh?
  • Kesian Jennie, orang selalu salah faham dengan dia.
  • Bagi la dia bernafas kejap.

Susah betul jadi Jennie, apa dia buat semua tak kena..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.