Dikritik Sengaja Guna Nama Jisoo Untuk Perhatian? Interaksi Masa Lalu Jung Haein Dengan Son Yejin Disebut Kembali

Entertainment
17 May 2024 • 2:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Jung Hae-in dikritik, sebab apa pula?

Baru-baru ini, Jung Hae-in telah mendapat perhatian kerana dia dilihat mengikuti akaun Instagram ‘minionhaesoo’ yang dicipta khas untuk Ji-soo BLACKPINK dan lelaki itu sendiri.

Namun tidak lama kemudian, dia terus unfollow semula akaun tersebut dan ramai yang mempersoalkan sekiranya lelaki itu memang tidak sengaja atau sengaja berbuat demikian kerana ingin bangkitkan semula khabar angin percintaanya dengan Ji-soo.

Malahan, ada yang menyebut semula tentang interaksi masa lalu Jung Hae-in dengan Son Ye-jin, ketika mereka mempromosikan drama “Something in the Rain”.

image is not available

Pada waktu itu, Jung Hae-in didakwa sengaja menimbulkan khabar angin dating dengan Son Ye-jin kerana dia sentiasa cuba untuk berpegangan tangan dengan wanita itu ketika sesi sidang media.

Namun, ramai yang mempertahankan Jung Hae-in dan menyatakan bahawa lelaki itu memang tidak sengaja dan dia hanya ingin berkawan dengan Ji-soo dan juga Son Ye-jin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.