Dilahir Tanpa Kewarganegaraan, Pelajar Lepasan STPM Di Daro Ini Dapat Lanjutkan Pelajarannya

8 Sep 2022 • 6:59 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Akhirnya boleh mengimpikan masa depan yang lebih cerah

Dilahir Tanpa Kewarganegaraan, Pelajar Lepasan STPM Di Daro Ini Dapat Lanjutkan Pelajarannya. Mohammad Aidill Maula Hamdan yang dilahirkan tanpa kerakyatan kini boleh mencapai cita-cita menjadi seorang guru selepas mendapat kerakyatan Malaysia.

Permohonan pelajar lelaki berusia 19 tahun itu, yang dibuat pada 2016, telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

image is not available
Dilahir Tanpa Kewarganegaraan, Pelajar Lepasan STPM Di Daro Ini Dapat Lanjutkan Pelajarannya. Sumber gambar: Utusan Borneo

Mohammad Aidill merupakan anak sulung daripada tujuh beradik

Mohammad Aidill menerima surat keputusan permohonan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah pada majlis penyerahan di Pejabat Kebajikan Bahagian Sibu, Kompleks Islam Sibu pada hari semalam, Rabu (7 Sept).

Saya amat berterima kasih kepada jabatan kerana meluluskan permohonan saya dan juga kepada Datuk Seri Fatimah kerana membantu saya mendapatkan (kelulusan),”

Dia mengimbau bahawa ketiadaan kerakyatannya membebankan keluarganya kerana dia perlu membayar untuk pendidikan rendah dan menengah. Bapanya, Hamdan Mohamad, 46, seorang nelayan di Matu.

Semasa saya di SK SibuJaya, saya perlu membayar RM120 setahun untuk yuran sekolah, RM240 setahun untuk yuran sekolah menengah di SMK Matu, RM237 untuk yuran peperiksaan SPM, RM237 untuk setiap semester di Tingkatan Enam dan RM240 untuk peperiksaan STPM,”

kata bekas pelajar SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah itu.

image is not available
Sumber gambar: FB Yb Fatimah Abdullah

Berhasrat untuk menjadi seorang guru

Mohammad Aidill memperolehi keputusan A- dalam mata pelajaran Perniagaan, Geografi dan Bahasa Melayu dan Pengajian Am (B+) dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan CGPA 3.59.

Dia juga telah memohon ijazah perguruan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris di Perak manakala Universiti Teknologi Sarawak di sini turut memberi tawaran bersyarat untuk melanjutkan pelajaran ke sana. Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid menyerahkan surat itu kepadanya pada Rabu.

image is not available
Sumber gambar: FB Yb Fatimah Abdullah

Lagi cerita menarik di pautan bawah: