Dilancar: BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre, Hanya 50 Unit Dijual Di Malaysia

LocalCars
14 Apr 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

BMW Group Malaysia meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik BMW 3 Series dengan memperkenalkan BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre, yang cuma terdapat 50 unit di pasaran tempatan.

Edition 50 Jahre yang merupakan versi pemasangan tempatan ini, tersedia secara eksklusif dalam talian melalui BMW Shop Online.

image is not available

Untuk makluman, BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre ini hadir dengan beberapa penambahbaikan, termasuk upholsteri Sensatec, Kawalan Pemanduan Aktif dengan fungsi Berhenti&Jalan, Bantuan Parkir Plus, Panel Instrumen Mewah, Butang Galvanik, dan Spoiler Belakang M dan ada sambungan skirt sisi M Performance.

image is not available

Menjengah bahagian kabinnya, terdapat panel instrument 12.3 inci, skrin sentuh di bahagian tengah bersaiz 14.9 inci, tempat rehat tangan bahagian tengah M Performance dibalut dengan Alcantara, dan paddle gear M Performance daripada serat karbon.

image is not availableimage is not available

Bagi menambahkan nilai eksklusifnya, BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre ini juga dilengkapi dengan lambang unik “50 Jahre Edition” pada plak pemegang cawan dan ukiran luar khas pada tiang B, menandakan status pengeluaran terhad model

Secara mekanikal, tiada banyak perubahan namun ini adalah berita baik memandangkan status M340i xDrive adalah sebagai sebagai 'M3 lite'. Ini bermakna, ia masih menggunakan enjin petrol turbo berkembar 6 silinder sebaris BMW B58 B58 3.0 liter serta persediaan pacuan semua roda (AWD) xDrive.

image is not available

Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 387 hp dan tork 500 NM, dimana ia mampu memecut dari 0-100 KM/J hanya dalam dalam masa 4.4 saat manakala kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik sebanyak 250 km/j.

image is not available

Menyentuh mengenai warna luaran, BMW M340i xDrive 'Editon 50 Jahre' hadir dalam warna Alpine White, Arctic Race Blue, M Brooklyn Grey dan Black Sapphire, manakala warna kabinnya pula hadir dalam kemasan hitam dan Tacora Red.

image is not available

Bagi yang berminat, BMW M340i xDrive ‘Edition 50 Jahre’ dijual pada harga RM396,800 .

View Original Article