Dilancar: Chery Omoda O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

LocalCars
10 Sep 2025 • 7:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery Omoda O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

Chery Omoda O5 ini cuma hadir dengan varian tunggal dimana ditawarkan pada harga cuma RM116,800. namun harga itu ditawarkan dengan harga atas jalan tanpa insurans.

Difahamkan, Chery Omoda O5 ini sudah pun diperkenalkan di Rusia pada tahun lalu sebelum Indonesia dan Australia dengan nama Chery C5.

Untuk pengetahuan anda, Chery Omoda O5 ini adalah versi facelift bagi SUV segmen-C Omoda 5. Begitupun, pihak syarikat membuat keputusan untuk tidak menggunakan nama Omoda 5 memandangkan jenama itu kini berada di bawah jenama Omoda | Jaecoo.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Melihat luaran Chery Omoda O5, ia didatangkan dengan lampu jenis LED dimana terdapat jalur grafik lampu nyalaan siang LED sama seperti versi EV Omoda E5. Selain itu, terdapat juga pencahayaan Follow Me Home, lampu kabus LED hadapan dan belakang, bampar baharu yang direka bagi membentuk elemen-X pada bahagian wajahnya.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, menjengah bahagian kabinnya, nampaknya ia masih mengekalkan susun atur yang sama, dimana ia masih menggunakan paparan dwi-skrin LCD 10.25 inci, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecas telefon pintar tanpa wayar, tempat duduk hadapan berpengudaraan serta kemasan kulit tiruan.

image is not availableimage is not available

Dari segi mekanikal, ia menggunakan enjin 1.5 liter turbo empat silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 156hp dan 230Nm. Begitupun, ia kini dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar enam kelajuan menggantikan kotak CVT lama.

image is not available

Bagi yang berminat dengan model ini, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan memandangkan ia dilengkapi dengan enam beg udara, sistem bantuan pemanduan Tahap 2 (Level 2 ADAS) serta kamera pandangan sekeliling 540 darjah.

Ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Carbon Black, Phantom Grey, Khaki White dan Blood Stone Red,

Di sebalik pelancaran model ni, adakah Chery Omoda O5 mampu menewaskan seterunya terdekatnya aitu Honda HR-V dan Proton X50? Kongsikan pendapat anda!