

Mercedes-Benz Malaysia baru sahaja melancarkan - + ́ pada harga RM1, , , sebentar tadi.
Tidak dinafikan, model ini bukan calang-calang memandangkan ia dimbat dengan enjin V8 4.0 liter turbo kembar buatan tangan dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 585 hp dan tork 800 Nm. Enjinnya dipadankan dengan transmisi automatik sembilan kelajuan Speedshift MCT 9G yang dibangunkan oleh AMG.

Untuk makluman, GT63 Coupé ini mampu memecut dari 0–100 km/j hanya dalam 3.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 315 km/j. Malah, sistem AMG Performance 4MATIC+ membolehkan pertukaran antara pacuan belakang dan semua roda.
Melihat luarannya, ia hadir dengan lampu utama Digital Light, spoiler belakang aktif, pemegang pintu tersembunyi (ciri yang tidak ada pada versi empat pintu), pakej AMG Exterior Carbon dan Night, serta rim tempa 21 inci.
Selain itu, ia hadir dengan skrin sesentuh 11.9 inci, paparan kepala (head-up display), tempat duduk Prestasi AMG, dan stereng berbentuk-D, manakala kluster instrumen digital memaparkan kandungan khusus AMG dan menu seperti AMG Performance dan AMG Track Pace.
