Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

LocalCars
5 Jun 2025 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selain memperkenalkan AMG GT Coupe generasi kedua, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance. Roadster plug-in hibrid (PHEV) ini pula dijual pada harga RM2,168,888 atas jalan, termasuk waranti standard kenderaan selama 4 tahun tanpa had perbatuan.

Ia yang dikatakan sebagai model SL paling berkuasa yang pernah dihasilkan dikuasakan oleh sistem hibrid V8 PHEV yang sama digunakan pada AMG GT Coupe dan versi empat pintunya.

image is not availableimage is not available

Ia menggunakan enjin V8 4.0 liter twin-turbo buatan tangan manakala enjinnya dipadankan dengan motor elektrik yang dipasang di belakang untuk menghasilkan output keseluruhan sebanyak 816 PS dan tork 1,420 Nm.

Dengan sistem pacuan semua roda 4MATIC milik Mercedes dan transmisi hibrid dua kelajuan, membuatkan SL 63 S E Performance mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam hanya 2.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 317 km/j.

image is not available

Bagaimanapun, jarak pemanduan elektrik sepenuhnya adalah minimum iaitu cuma hanya 13 km ekoran pek baterinya yang berkapasiti 6.1-kWh.

Selain sistem PHEV berprestasi tinggi ini, SL 63 juga menerima pelbagai peningkatan prestasi eksklusif AMG seperti AMG Active Ride Control dengan penstabil olengan aktif, stereng gandar belakang, brek seramik karbon AMG dengan angkup enam piston di hadapan, serta elemen aerodinamik aktif tersembunyi di bawah ruang enjin.

Selain itu, terdapat lapan mod pemanduan: Electric, Battery Hold, Comfort, Smoothness, Sport, Sport+, Race, dan Individual.

image is not availableimage is not available

Dibina berdasarkan model SL generasi R232, SL 63 S E Performance memaparkan elemen rekaan tajam yang hampir menyerupai AMG GT Coupe.

Antara ciri reka bentuk luaran yang agak menonjol adalah lampu digital LED tajam di kedua-dua hujung, bentuk badan roadster dengan bonet depan panjang manakala bahagian belakang pendek, rim aloi tempa 21 inci, serta pelbagai pakej gaya AMG seperti AMG Night Package, AMG Aerodynamics Package, dan AMG Exterior Carbon Fibre Package.

image is not availableimage is not available

Seperti model SL lain, SL 63 ini dilengkapi dengan bumbung lembut jenis boleh buka (soft-top). Kata Mercedes, ia boleh dibuka dalam masa 15 saat pada kelajuan sehingga 60 km/j.

image is not availableimage is not available

Menjengah bahagian kabinnya, anda akan melihat konfigurasi tempat duduk 2+2. Di hadapan, roadster berprestasi ini turut dilengkapi pelbagai ciri keselesaan termasuk skrin infotainmen MBUX 11.9 inci dan kluster meter digital dengan grafik khusus AMG.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Antara kelengkapan lain termasuk stereng AMG berbalut kulit, tempat duduk hadapan AMG Performance dengan fungsi pengudaraan dan urutan, upholsteri kulit Manufaktur Nappa dengan corak jahitan berlian di sekeliling kabin, sistem pemanas leher terbina Airscarf, dan banyak lagi.