Dilancar: Mitusbishi Triton Athlete 2025 Kini Ditambah Baik Dengan Ciri Baharu

LocalCars
11 Jun 2025 • 10:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan Triton Athlete yang kini tampil dengan beberapa ciri terbaharu sempena ulang tahun ke-20 mereka di pasaran tempatan.

Disebabkan beberapa penambahbaikan, model Flagship itu dijual pada harga RM159,980 namun tidak termasuk insurans.

Antara ciri terbaharunya adalah seperti berikut:

Ia kini hadir dengan bampar baharu dimana ia lebih berani dan agresif seiring dengan ciri lasak Triton.Ada Styling Bar sekali gus dapat menambahkan lagi penampilan lasak Triton Bantuan Pintu Belakang (Tailgate Assist): Ciri baharu ini memudahkan proses membuka dan menutup pintu belakang selain memudahkan untuk penggunaan harian.Pelekat Hiasan (Decorative Decal): Pelekat ini menonjolkan lagi gaya Triton Athlete dengan lebih unik.

Lebih menarik, pembeli yang memilih varian tertinggi Triton Athlete akan menerima penyelenggaraan percuma 5 tahun atau ganjaran tunai sehingga RM8,000, jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan, memberi ketenangan minda kepada pemilik.

image is not available

Untuk makluman, Triton Athlete yang dikemas kini ini masih mengekalkan spesifikasi asal model pelancarannya, dimana ia dikuasakan oleh enjin turbodiesel 4-silinder 2.4 liter 4N16, yang digandingkan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Untuk itu, ia mampu utuk menghasilkan 204 PS dan 470 Nm. Kuasa disalurkan ke semua roda melalui sistem Super Select 4WD-II baharu. Terdapat tujuh mod pemanduan dan mod permukaan jalan boleh dipilih mengikut keperluan pemandu.

Pelanggan juga boleh menikmati kadar faedah rendah bermula serendah a 0.6% melalui Maybank atau Public Bank.

image is not available

Selain itu, MMM turut melancarkan Peraduan Scratch & Win bermula 16 Jun. Pelanggan yang membuat tempahan untuk model Triton atau XPANDER di pengedar sah Mitsubishi berpeluang memenangi hadiah menarik seperti iPhone 16, iPad, jam tangan Seiko, produk THULE, dan banyak lagi.