Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan komen berkaitan pelantikannya sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced).
Menurut laporan Harian Metro, beliau belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut yang mula tular di media sosial sejak kelmarin.
Siti Nurhaliza enggan komen

Menerusi kenyataan media dikeluarkan pengurusannya, Siti Nurhaliza Productions, Siti Nurhaliza akan memberi respon sekiranya pusat pendidikan itu mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara tersebut.
“Salam rakan-rakan media semua. Buat masa ini, Siti tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sempena pelantikan pakar di UMCced kerana kenyataan rasmi harus dikeluarkan terlebih dahulu oleh pihak berkenaan.
“Selepas kenyataan rasmi sempena pelantikan dibuat, Siti akan beri maklum balas kepada media mengenai perkara ini,” kata kenyataan itu.
Siti Nurhaliza enggan komen

Dalam pada itu, pelantun lagu Cindai memohon maaf kepada semua pihak atas kesulitan yang berlaku berhubung isu tersebut.
“Terima kasih kepada rakan-rakan media dan mohon maaf kerana buat masa ini, Siti tidak dapat memberikan kenyataan,” ujarnya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pelantikan Siti Nurhaliza sebagai pakar di UMCced apabila segelintir netizen mempersoalkan kelayakan akademik penyanyi itu.

Sumber: Harian Metro (Farihad Shalla Mahmud)

