Dilapor Hilang, Polis Mohon Bantuan Kesan Siti Nur Balqiesh

20 Jul 2024 • 9:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dilapor Hilang, Polis Mohon Bantuan Kesan Siti Nur Balqiesh

Polis Daerah Kota Tinggi memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Polis Daerah Kota Tinggi berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Siti Nur Balqiesh, 17, kira-kira 12.49 pagi, pada Jumaat.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, Siti Nur Balqiesh mempunyai rambut paras bahu berwarna perang, berkulit sawo matang, berketinggian kira-kira 165cm dan miliki berat badan 50 kg.

“Dia juga mempunyai bentuk muka bujur, berbadan kurus dan tinggi,” kata Polis Daerah Kota Tinggi lagi.

Sehubungan dengan itu, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kehilangan wanita berkenaan untuk melaporkan ke balai polis berdekatan.

Orang ramai juga boleh terus menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Vincenth Kenn Anak Joseph di talian 018-3373961 atau hubungi IPD Kota Tinggi di talian 07-8837222 dan IPD Johor di talian 07-2212999.

image is not available