Dilayan Seperti Orang Asing, Peminat Bengang Syarikat Tak Promosi Album Solo Cha Eunwoo

Music
13 Feb 2024 • 10:09 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Cha Eun-woo bakal membuat kemunculan solo pertamanya dengan album mini “Entity” pada 15 Februari ini dan memulakan perjalanan barunya sebagai penyanyi solo.

Meskipun tarikh itu semakin mendekati, peminat telah menyedari bahawa syarikat penyanyi tersebut iaitu Fantagio seakan tidak mempromosikan album Cha Eun-woo yang akan datang.

Malah, segala akaun media sosial rasmi milik ASTRO (kumpulan Cha Eun-woo) juga didapati masih belum mempromosikan serta membuat sebarang hantaran yang berkaitan dengan penampilan sulung penyanyi itu.

Tidak berhenti di situ, segala maklumat mengenai jadual promosi rancangan muzik serta yang lain-lain juga masih belum disahkan oleh Fantagio.

Ini sekaligus membuatkan peminat merasakan bahawa Fantagio menganggap bahawa penampilan sulung Cha Eun-woo ini seperti tiada apa, seolah-olah dia hanya mengeluarkan lagu untuk K-Drama sahaja.

Peminat juga turut membuat ribuan hantaran di media sosial X (Twitter) dan menggesa agar syarikat itu memberikan layanan dan promosi yang sebaiknya buat penyanyi lelaki tersebut.

Kesian Cha Eun-woo kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.