Dilengkapi Teknologi AI, Muzium Biodiversiti Pertama Sarawak Bakal Dibangunkan Di Miri

3 Feb 2025 • 11:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Integrasi AI Dalam Perubatan Tradisional

Dilengkapi Teknologi AI, Muzium Biodiversiti Pertama Sarawak Bakal Dibangunkan Di Miri. Jika anda peminat sejarah, budaya dan ilmu perubatan, ada berita menarik untuk anda! Miri bakal menjadi lokasi kepada muzium biodiversiti pertama di Sarawak yang bukan sekadar mempamerkan kepelbagaian perubatan tradisional dan moden, malah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk pengalaman yang lebih interaktif.

Menurut Pengarah Institut Perubatan Integratif Universiti Fudan, Profesor Dong Jingcheng, muzium ini bukan sahaja yang pertama di Sarawak tetapi juga yang pertama seumpamanya di dunia yang mengintegrasikan AI dalam ilmu perubatan tradisional.

image is not available
Dilengkapi Teknologi AI, Muzium Biodiversiti Pertama Sarawak Bakal Dibangunkan Di Miri. Gambar hiasan.

“Anda lihat dalam ilmu perubatan, khususnya perubatan tradisional, ia sering dikaitkan dengan agama dan falsafah budaya tempatan. Oleh itu, keunikan muzium ini adalah bagaimana ia menggabungkan elemen-elemen tersebut dengan teknologi terkini,” katanya, menurut laporan TVS.

Dijangka Dibuka Pertengahan Tahun Ini

Profesor Dong turut menambah bahawa muzium ini dijangka direalisasikan pada pertengahan tahun ini.

Berita ini pastinya mengujakan ramai, terutamanya pengkaji, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat untuk memahami lebih lanjut tentang perubatan tradisional dan bagaimana ia berkembang ke arah perubatan moden.

Kerjasama dengan Pusat Biodiversiti Sarawak

Selain itu, pihak pengurusan muzium juga telah mengadakan pertemuan dengan Pusat Biodiversiti Sarawak untuk meneroka peluang kerjasama dalam membangunkan bidang perubatan moden yang lebih lestari.

“Kerjasama ini sangat penting untuk ekonomi kita, terutama dalam memastikan generasi masa depan mempunyai akses kepada ilmu perubatan moden yang lebih maju,” kata Profesor Dong lagi.

Sarawak Jadi Perintis Perubatan Moden Berasaskan AI

Dengan adanya muzium biodiversiti ini, Sarawak bukan sahaja melangkah ke hadapan dalam memelihara khazanah perubatan, malah menjadi perintis dalam menggabungkan kecerdasan buatan dengan warisan budaya dan sains. So, siapa yang tak sabar nak lawat muzium ini nanti?

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai hospital dan hotel bakal dibina di Sarawak:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved