Dinamakan Sempena Sejenis Nanas, Ini Kisah Menarik Disebalik Asal-Usul Nama Negeri Sarawak

22 Jul 2023 • 1:24 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sebenarnya bagaimana Sarawak mendapat nama?

Dinamakan Sempena Sejenis Nanas, Ini Kisah Menarik Disebalik Asal-Usul Nama Negeri Sarawak Sebagai sebuah negeri yang terletak di bahagian timur Malaysia, Sarawak telah lama menjadi tumpuan peminat alam dengan keunikan dan keindahannya yang mengagumkan.

Mengusung gelaran ‘Bumi Kenyalang’, negeri ini menarik minat pelawat dari pelbagai negara dengan daya tarik yang memikat hati. Tetapi, di sebalik keindahan dan keunikan itu, tersimpan kisah menarik yang mengungkap misteri tentang asal-usul namanya.

image is not available
Dinamakan Sempena Sejenis Nanas, Ini Kisah Menarik Disebalik Asal-Usul Nama Negeri Sarawak. Kredit: Google

1. Diambil sempena frasa ‘serah kepada awak’

Menurut sumber lama, nama Sarawak berasal daripada dua perkataan Melayu lama, iaitu ‘serah’ dan ‘wak’. Serah bermaksud menyerah atau menyerahkan, manakala ‘wak’ bermaksud diri atau jiwa.

Gabungan kedua-dua perkataan ini membentuk ‘Sarawak’, yang boleh diertikan sebagai ‘tempat menyerahkan diri’.

image is not available

Kononnya, dahulu kala, kawasan Sarawak adalah wilayah yang subur dengan hutan hujan tropika dan flora serta fauna yang pelbagai.

Keturunan pertama yang menetap di kawasan ini mempercayai bahawa mereka perlu menyerahkan diri sepenuhnya kepada alam semula jadi dan kekuatan alam untuk hidup.

2. Diambil sempena nama buah nanas

Di kawasan Batu Kawa terdapat banyak tanaman nanas yang tumbuh dengan subur. Nanas-nanas ini amat manis dan mempunyai rasa yang enak.

Sebagai penghormatan kepada buah nanas Sarawak, nama ‘Sarawak’ diambil bersempena nama buah tersebut.

image is not available

3. Diambil sempena nama sungai

Difahamkan juga, nama Sarawak diambil bersempena nama sebatang sungai.

Sungai ini dinamakan bersempena nama sejenis mineral iaitu ‘serawak’ atau ‘serewa’ yang ditemui di kawasan itu.

Menurut Chang Pat Foh dalam buku “Legends and History of Sarawak”, ‘serawak’ bermaksud antimon dalam bahasa Melayu Sarawak lama.

image is not available

Pada tahun 1823, sejnis mineral iaitu antimon banyak ditemui di kawasan Siniawan, Bau.

Nama “Sarawak” kemungkinan besar dinamakan sempena sungai yang mengalir melalui kawasan di mana mineral antimony ditemui.

Terdapat keyakinan bahawa “serawak” atau “serewa” adalah nama mineral tersebut dan orang-orang zaman dahulu merujuk sungai yang mengalir melalui kawasan antimony itu sebagai “Sungai Serawak”.

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article