Dinamakan Suhail & Soraya, China Hantar Panda Ke Qatar Tanda Kukuhkan Hubungan Dua Hala

20 Oct 2022 • 1:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dinamakan Suhail & Soraya, China Hantar Panda Ke Qatar Tanda Kukuhkan Hubungan Dua Hala

Menjelang kehangatan Piala Dunia 2022 kira-kira sebulan lagi, dua ekor panda gergasi telah diterbangkan ke Qatar oleh China sebagai tanda hubungan dua hala kedua-dua negara itu pada Selasa lalu.

Lapor South China Morning Post, haiwan yang dihantar itu bertujuan memudahkan penyelidikan dan sebagai alternatif China dalam mengukuhkan lagi hubungan dengan negara asing.

Panda tersebut ialah seekor betina bernama Si Hai (tiga tahun) manakala seekor lagi jantan, Jing Jing berumur empat tahun.

image is not available
Gambar: Xinhua

Bagaimanapun, sejurus tiba di negara Qatar, nama kedua-dua haiwan tersebut telah diubah kepada Suhail (jantan) dan Soraya (perempuan).

Difahamkan nama Suhail diberikan bersempena salah satu bintang paling jelas di kawasan teluk manakala Soraya ialah perkataan Arab untuk gugusan bintang yang dipanggil Pleiades vv atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai The Seven Sisters.

Menurut agensi berita kerajaan Xinhua, pemindahan panda itu menjadi simbolik pertama “diplomasi panda” di Timur Tengah.

image is not available
Gambar: Xinhua

Sebelum ini, kedua-dua mamalia itu tinggal di pusat penyelidikan di wilayah Sichuan di barat daya China selepas lahir di rizab panda berlainan sebelum dipindahkan.

Haiwan berkenaan telah menjalani kuarantin selama sebulan dan melakukan pemeriksaan penyakit sebelum diterbangkan oleh pesawat khas ke Qatar.

Walaupun pasukan bola sepak China tidak layak ke Piala Dunia tahun ini, syarikat China telah memainkan peranan yang besar dalam membina infrastruktur kejohanan tersebut.

Terdahulu, China dan Qatar telah membuat perjanjian kerjasama yang ditandatangani bagi mempromosikan perlindungan spesies terancam dan biodiversiti di kedua-dua negara berkenaan.