Dinding kedai buah runtuh, enam kenderaan rosak akibat letupan karbait

12 Jun 2025 • 8:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Struktur dinding kedai jual buah yang runtuh akibat impak letupan.

image is not available
Semakan awal mendapati kejadian melibatkan letupan di bahagian belakang premis menjual buah-buahan terbabit.

KLANG - Struktur dinding sebuah kedai buah-buahan di Bandar Baru Klang di sini runtuh manakala enam kenderaan rosak dipercayai akibat letupan karbait di premis perniagaan pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 5.21 petang.

"Seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum tiba pada jam 5.27 petang.

**media[3163095]**

"Semakan awal mendapati kejadian melibatkan letupan di bahagian belakang premis menjual buah-buahan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, impak letupan mengakibatkan berlakunya runtuhan melibatkan dinding pejabat premis menjual buah-buahan itu.

"Selain itu, terdapat enam buah kenderaan yang diletakkan berdekatan lokasi kejadian turut mengalami kerosakan.

"Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa," katanya.

Menurutnya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved