Dinding konkrit longkang dibina runtuh, buruh warga Rohingya maut

27 Sep 2022 • 10:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUANTAN, 27 SEPT: Seorang pekerja kontrak warga Rohingya maut manakala dua rakannya cedera apabila dinding konkrit longkang yang dalam pembinaan runtuh dan menghempap mereka di Indera Mahkota 15, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.05 petang dan mangsa Mohd Enus Karim Ullah, 29, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang cedera ialah Ellyas Rohsit Ullah, 31, dan Mohammad Soyat Abulhasim, 44, dengan kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

“Siasatan awal mendapati konkrit simen setinggi 2.4 meter runtuh dan menghempap semua mangsa yang sedang membuat longkang di sebelah konkrit tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota serta Kuantan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved