Dion Cools Bakal Beraksi Menentang Kelab Liga Super Di Piala Shopee

10 May 2024 • 12:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penampilan Skuad Malaysia di Piala Shopee 2024/25

Dion Cools Bakal Beraksi Menentang Kelab Liga Super Di Piala Shopee. Kapten skuad Harimau Malaya, Dion Cools, berpeluang beraksi menentang kelab Liga Super Malaysia apabila pasukannya, Buriram United, diundi bersama wakil negara, Kuala Lumpur City (KL City), dalam kumpulan B Piala Shopee musim 2024/25.

Selain Buriram United dan KL City, empat lagi kelab yang berada dalam kumpulan yang sama ialah Ha Noi FC (Vietnam), Borneo FC (Indonesia), Kaya FC (Filipina), dan Lion City Sailors (Singapura).

image is not available

Dion Cools Bakal Beraksi Menentang Kelab Liga Super Di Piala Shopee

Satu lagi wakil negara, Terengganu FC (TFC), diundi dalam kumpulan A bersama BG Pathum United (Thailand), PSM Makassar (Indonesia), dan Dong A Thanh (Vietnam).

Juara liga Brunei, Kemboja, Laos, dan Myanmar pula bakal bersaing dalam penentuan playoff untuk merebut baki dua slot kumpulan A. Empat pasukan yang merebut slot ini ialah Kasuka (Brunei Darussalam), Shan United (Myanmar), Master 7 (Laos), dan Preah Khan Reach Svay Rieng FC (Kemboja).

Piala Shopee ialah kejohanan kelab-kelab Asia Tenggara yang menyaksikan penyertaan dua kelab masing-masing dari Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Sementara Singapura dan Filipina pula bakal diwakili sebuah pasukan.

Setiap kumpulan bakal menempuh lima perlawanan dengan juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir. Format separuh akhir dan final kejohanan bakal menggunakan format home dan away seterusnya bakal berlangsung dari 17 Julai hingga 21 Mei tahun depan.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved