Dion Cools Bakal Menjadi Pemain Malaysia Pertama Beraksi Di EPL?

Football
24 Jun 2022 • 5:12 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Memang syok je rasa kalau kita ada pemain Malaysia beraksi di EPL kan. Mungkin dalam waktu terdekat ni akan menjadi realiti! Ia susulan spekulasi yang kini bermain di media sosial dengan mengaitkan tonggak pertahanan negara, Dion Cools bakal menyertai Brentford.

Terdapat dakwaan bahawa Brentford akan mendapatkan khidmat pemain kacukan Malaysia-Belgium itu pada jendela perpindahan musim panas ini kerana kelab berkenaan turut dimiliki oleh pemilik FC Midtjylland, Matthew Benham.

image is not available

Malah, Cools yang kembali ke pangkuan FC Midtjylland selepas menamatkan tempoh pinjaman bersama kelab Belgium, Zulte Waregem selama enam bulan bagi menghadapi baki aksi saingan musim 2021/2022 tidak berdepan berdepan masalah untuk beraksi di EPL meskipun negara yang diwakilinya tidak berada dalam senarai 50 pasukan teratas dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana Cools akan dikira sebagai pemain Europe Grown kerana beraksi di Eropah sejak peringkat pembangunan.

Cools pernah beraksi di peringkat Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Midtjylland pada musim lalu dan turut pernah bersama kelab besar di Belgium, Club Brugge.

Justeru, dia yang berkebolehan bermain di banyak posisi mungkin tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri beraksi di EPL.

View Original Article