Dipaksa Batal Persembahan, Penari Terkilan Disingkir ‘Last Minute’ Di Stadium Perpaduan Kuching

28 Feb 2023 • 3:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Para penari diberitahu bahawa persembahan mereka terpaksa dibatalkan

Dipaksa Batal Persembahan, Penari Terkilan Disingkir ‘Last Minute’ Di Stadium Perpaduan Kuching. Sebuah persembahan seni tari yang telah dijadualkan untuk acara Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 di Stadium Perpaduan telah dibatalkan pada saat akhir.

Menerusi perkongsian pemilik Facebook yang telah dimuatnaik, wanita ini meluahkan rasa terkilan terhadap pihak pengurusan di sebuah acara antarabangsa yang telah berlangsung di Stadium Perpaduan, malam tadi.

image is not available
Dipaksa Batal Persembahan, Penari Terkilan Disingkir ‘Last Minute’ Di Stadium Perpaduan Kuching. Sumber: Facebook

Mereka telah melakukan berbagai persiapan dan latihan untuk memastikan persembahan mereka berjalan dengan lancar.

Kongsi wanita tersebut, dirinya dan juga beberapa penari yang lain telah melakukan berbagai persiapan dan latihan untuk memastikan persembahan mereka berjalan dengan lancar. Namun, sejam sebelum persembahan mulai mereka telah diberitahu bahawa pihak pengurusan terpaksa membatalkan persembahan tersebut.

Katanya, pihak pengurusan hanya mahu pesilat sahaja yang membuat persembahan pada acara tersebut.

image is not available

Anda boleh lihat video penuh di bawah:

Tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan sedih, wanita ini menangis sambil menceritakan nasib mereka yang merasa bahawa semua ini telah mensia-siakan masa dan tenaga mereka hanya untuk dibatalkan sejam sebelum persembahan tersebut mulai.

Wanita tersebut mengungkapkan bahawa mereka telah berkemas dan bersiap sejak pukul 5 petang dan siap untuk tampil pada pukul 9 malam. Mereka telah membeli kostum, menghabiskan banyak waktu berlatih dan bahkan meminta izin kerja lebih awal untuk berlatih.

image is not available

‘Mungkin ini bukanlah rezeki kami..’

Namun, pada pukul 8.30 malam, mereka diberitahu bahwa persembahan mereka harus dibatalkan. Wanita tersebut tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya dan luahkan rasa kecewa melalui siaran langsung di media sosial Facebook.

Sepanjang kami jadi performer ni, kami tidak pernah disuruh cancel last minute. Kami dah kemas, dah practice berapa kali dah tiba-tiba disuruh cancel pulak.” jelas gadis tersebut dalam nada sedih.

“Kami bukan nak condemn, tapi kami terkilan diperlakukan sebegini. Bagi korang yang performer dan berjiwa seni ni, mungkin korang faham perasaan kami. kami dah mengeluarkan banyak kos untuk beli kostum, menghabiskan masa sehingga kami terpaksa meminta excuse untuk balik kerja awal untuk practice.”

Kecewa dan terkilan, wanita ini turut berkata bahawa mereka akan pertahankan dan fight untuk dapatkan bayaran daripada pihak pengurusan. Mereka juga berharap agar kejadian ini tidak terulang lagi di masa depan.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan di bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved