Dipaksa Guna Laluan Lain, Warga Bau Resah Jalan Utama Ke Kampung ‘Tenggelam’ Lebih 10 Hari

21 Mar 2023 • 3:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dah macam sungai pun ada

Dipaksa Guna Laluan Lain, Warga Bau Resah Jalan Utama Ke Kampung ‘Tenggelam’ Lebih 10 Hari. Jalan Buan Buso di Bau masih tidak dapat dilalui selama lebih dari 10 hari disebabkan oleh air banjir yang bertakung.

Penduduk Kampung Buso dan pengguna jalan lain terpaksa menggunakan alternatif Jalan Jugan Buso untuk sampai ke kampung dan kawasan berhampiran.

“Air tidak kelihatan surut. Sudah lebih dari 10 hari paras air terus meningkat. Kali pertama saya melihatnya, lebih kurang 10 hari yang lalu,” kata penduduk, Jamie Bush.

image is not available
Dipaksa Guna Laluan Lain, Warga Bau Resah Jalan Utama Ke Kampung ‘Tenggelam’ Lebih 10 Hari. Kredit: Borneo Post

Penduduk sekitar ambil inisiatif meletakkan pam air

Menurutnya, pam mudah alih yang sepatutnya menyalurkan air di kawasan tersebut kelihatan tidak berfungsi.

“Ia tidak kelihatan berfungsi dan saya tidak tahu pam siapa itu. Penduduk di sini bimbang kerana air yang bertakung menyebabkan jalan tidak dapat dilalui,” katanya.

“Ini adalah kecemasan. Jalan yang tenggelam adalah Jalan Buan Buso dan, kini mereka yang tinggal di Kampung Buso terpaksa menggunakan Jalan Jugan Buso. Saya bagaimanapun tidak tahu panjang jalan yang terjejas.”

image is not available
Gambar hiasan

Apabila dihubungi, Ahli Dewan Undangan Negeri Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, menjelaskan bahawa saluran yang sedia ada yang sepatutnya menyalurkan air telah tersumbat disebabkan oleh tanah runtuh.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menghubungi kontraktor untuk mengenal pasti tahap sekatan di saluran masuk pembetung bagi membolehkan kerja-kerja lanjut dilakukan.

Beliau mendedahkan bahawa mereka telah menggunakan sembilan pam air untuk mengepam keluar air tetapi disebabkan oleh hujan berterusan pada beberapa hari terakhir, air tidak dapat mengalir keluar dengan cepat.

image is not available

Henry berkata JKR akan menempatkan pam air yang lebih besar untuk mempercepatkan proses itu dan berharap tidak akan ada lagi hujan lebat yang mengganggu usaha mereka.

“Pengguna jalan (pada masa ini) dinasihatkan untuk menggunakan akses alternatif melalui kuari berhampiran,” tambahnya.

Baca lagi artikel terkini: