Dipanggil anak Norman Hakim & Abby Abadi, Danish seakan kurang selesa

LocalEntertainment
16 Oct 2024 • 2:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Dipanggil anak Norman Hakim

Danish kurang selesa dipanggil anak Norman Hakim dan Abby Abadi selepas ada yang menegurnya dengan nama kedua ibu bapa mereka.

Danish atau nama sebenarnya Mohamed Danish Hakim, 21 telah memuat naik hantaran di Thread memberitahu bahawa dirinya mempunyai nama yang diberi ibu bapanya.

image is not available

Danish kerap dipanggil anak Norman Hakim & Abby Abadi?

Dia seakan memberitahu kerap dipanggil anak Norman Hakim dan Abby Abadi tanpa menyebut nama sebenarnya.

Luahan tersebut dibuat oleh Danish di Thread mungkin disebabkan ramai yang memanggilnya dengan nama dua pelakon hebat dalam industri seni memandangkan mereka telah mempunyai peminat tersendiri.

“Weh weh tu anak Norman Hakim”

“Tu anak Abby Abadi kan?” tulisnya.

image is not available

Dipanggil anak Norman Hakim & Abby Abadi sebab tiada yang kenal dia

Walau bagaimanapun, perkongsian yang dibuat Danish telah menerima pelbagai maklum balas daripada netizen di ruangan platform tersebut.

Kebanyakan mereka menyatakan orang ramai tidak memanggil Danish dengan nama sebenar kerana ibu dan bapanya lebih popular berbanding dia yang mungkin baru berjinak-jinak dalam industri hiburan.

image is not available

Lagi ramai yang kenal Aslam kot

image is not available

Sebab yang popular tu Abby dan Norman

image is not available

Sekadar info, Danish Hakim pernah menyertai menyertai program pencarian bakat terbitan TV3, Fit For Action sekitar tahun 2022.

Dia juga merupakan anak sulung hasil perkahwinan Norman Hakim dan Abby Abadi sebelum ini bapa mereka berpisah pada tahun 2008.

Sumber: Thread danishhakimofficial