Dipanggil JAWI, Ira Kazar Didakwa Akan Ditahan Gara-Gara Ganggu Rumah Tangga Orang?

26 Aug 2022 • 11:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar dilaporkan telah dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur.

Difahamkan, Ira dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu pada 18 Ogos lalu.

Menurut laporan Gempak, Ira yang hadir ke Mahkamah Sesyen turut ditemani ahli keluarganya yang lain.

Terkini, Ira yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof difahamkan akan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurut laporan Harian Metro, Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Ia berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

Dituduh Ganggu Rumah Tangga Selebriti, Ira Kazar Dipanggil JAWI?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved