Dipanggil Ke IPD Kemaman, Influencer Tareq Fiq Beri Keterangan – “Saya Bukan Nak Bermusuh Dengan Ojen”

LocalEntertainment
28 Nov 2025 • 4:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil menjelaskan salah faham yang timbul susulan tegurannya terhadap lelaki yang mengenakan alat solek, termasuk kontroversi yang dikaitkan dengan pempengaruh Ojen Aiwahhh.

Penjelasan itu dibuat selepas Tareq selesai memberikan keterangan di IPD Kemaman pada Khamis. Dalam video pendek yang dimuat naik di media sosial, Tareq menegaskan bahawa tegurannya bukan bertujuan menjatuhkan mana-mana individu, apatah lagi bermusuhan dengan Ojen.

Advertisement

View this post on Instagram

Isu Ojen, dia salah faham. Ingat saya nak jatuhkan nama dia. Tidak. Ya saya buat teguran, cara saya memang pedas, memang tegas… tapi ianya untuk beri kesedaran. Saya sebagai seorang Muslim, beri nasihat pada Muslim.

Menurut Tareq, teguran itu bersifat umum dan dibuat kerana beliau melihat semakin ramai lelaki yang meniru gaya penampilan wanita — sesuatu yang menurutnya dilarang dalam Islam.

Tareq turut menolak dakwaan kononnya teguran itu menyasarkan mana-mana bangsa, individu atau jenama tertentu. Katanya, situasi yang berlaku hanyalah salah faham.

View this post on Instagram

Tak ada kena mengena dengan jenama atau nama Ojen, cuma dia salah faham. Ramai salah faham sebab saya warga asing. Saya minta maaf jika ada yang tersalah faham. Ini nasihat sesama muslim.

Kontroversi tercetus apabila Ojen sebelum ini meluahkan rasa terkilan di Threads selepas menerima komen keterlaluan berhubung penampilannya. Ojen mendakwa dirinya dihina secara melampau dan menuntut permohonan maaf terbuka daripada individu tersebut, atau tindakan undang-undang akan diambil.

image is not available
image is not available

Tareq bagaimanapun berharap isu ini tidak diperbesarkan dan masyarakat dapat menerima teguran secara matang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-27 20:06:45

"Tinggal 'Pampers', Campak Sampah Merata-Rata" - Sukarelawan Banjir Di Thailand Luah Rasa Kecewa Dengan Sikap Rakyat Malaysia

The post Dipanggil Ke IPD Kemaman, Influencer Tareq Fiq Beri Keterangan – “Saya Bukan Nak Bermusuh Dengan Ojen” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.