Dipecat dari Umno, Isham tidak berhasrat sertai mana-mana parti buat masa ini

Politics
17 Dec 2023 • 4:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik buat masa ini, selepas dipecat daripada Umno.

Menurutnya, ini kerana beliau sudah lama berada di dalam Umno dan baharu seminggu dipecat.

“Saya baru seminggu dipecat. Saya tak fikir lagi. Saya dah lama dalam Umno sebab itu tak fikir nak masuk parti mana. Jadi tunggu-tunggulah,’’ katanya ketika menjadi panel dalam program yang membincangkan mengenai Kepimpinan Negara ‘ Dalam Menghadapi Kemelut Politik Melayu Kini dan Masa Depan’.

Ia dianjurkan Institut Kepimpinan Zaaba (ZIL), di sini, malam tadi.

Isham telah dipecat dari Umno selepas tidak hadir pada mesyuarat MKT Umno yang diadakan pada 7 Disember lalu.

Sehari sebelum mesyuarat berkenaan diadakan, beliau telah memaklumkan tidak akan menghadirinya sebagai tanda protes kepada pucuk pimpinan presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Isham, sebagai ahli MKT bagi penggal kedua, beliau dapat membaca apa yang akan dilakukan oleh Zahid dalam mesyuarat terbabit.

“Saya tetap dengan pendirian itu (protes) selagi Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk kekal menyertai pilihan raya bersama DAP,’’ katanya. – 17 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved