Dipecat Kerana Cium Doh Pretzel, Alice Chang Cuba Nasib Di Kedai Ais Krim… Dakwa Sembunyi Identiti Masa Mohon Kerja. | WeirdKaya

LocalEntertainment
13 Oct 2024 • 5:47 PM MYT
WeirdKaya
WeirdKaya

Community news hub for today's generation of Malaysians

image is not available

Baru-baru ini tular satu isu memperlihatkan seorang wanita mencium doh roti ketika sedang bekerja telah dipecat serta-merta daripada francais Auntie Anne’s.

Menerusi hantaran di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Alice Chang itu mencuba nasib mencari pekerjaan baharu di sekitar Kuala Lumpur namun hanya pulang dengan tangan kosong,

Menurut perkongsian adiknya, Adeline Chang di laman Facebook, Alice difahamkan memohon kerja di sebuah kedai aiskrim, Cold Stone Creamery Malaysia yang terletak di dalam pusat beli-belah, Pavilion Kuala Lumpur.

Namun begitu, Adeline memberitahu kakaknya itu tidak dibayar biarpun hanya bekerja separuh hari di cawangan francais terbabit.

“Tak sangka penyelia Alice sanggup menipu gaji separuh harinya, tak patut sungguh. Tidak mengapalah, saya anggap itu sebagai derma untuk syarikat.

“Berita baiknya, kakak saya bekerja dengan sangat cemerlang hari ini. Seperti yang dapat diperhatikan dalam gambar, dia memakai topi dan teliti menjaga kebersihan.

“Pelanggan yang membeli daripada dia hari ini sangat bertuah,” jelas Adeline di Facebook.

Dalam pada itu, syarikat francais aiskrim Cold Stone Creamery Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan bagi menyangkal dakwaan Adeline dan mendedahkan wanita tersebut menyembunyikan identiti sebenar sewaktu memohon kerja.

“Kami ingin menjelaskan bahawa dia (Alice) ada datang ke cawangan Pavilion KL untuk meminta kerja sambilan. Alice menyembunyikan identiti dirinya ketika membuat permohonan itu.

“Kami tidak mengambil dia bekerja dan dia juga tidak mempunyai akses kepada makanan.

“Sebagai langkah proaktif, kami sudah membersihkan kedai secara menyeluruh,” jelasnya.

Untuk info, Alice Chang telah dipecat dari Auntie Anne’s cawangan Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur serta merta setelah isu terbabit berlegar di media sosial dan francais tersebut telah ditutup buat sementara waktu untuk proses nyah kuman dan pembersihan.

Sumber: mStar

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved