Dipercayai Alami Gangguan Mental, Wanita Tetap Susukan Anak Walau Kaki Kanan Dipasung

Family & Parenting
18 Sep 2022 • 4:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dipercayai Alami Gangguan Mental, Wanita Tetap Susukan Anak Walau Kaki Kanan Dipasung

Indonesia – Seorang wanita tular apabila masih mampu untuk menyusukan anaknya yang berusia lima bulan walaupun kaki kanannya dipercayai telah dipasung dalam kejadian di pedalaman Manggarai Timur, Nusa Tenggara Timur baru-baru ini.

Memetik laporan Kompas.com, Ketua Kampung Kecamatan Ranamese, Stefanus Belasius Rugu sewaktu dihubungi berkata, mangsa, 32, dipercayai mengalami gangguan mental dan terpaksa dipasung oleh keluarga mentuanya selepas dia mengamuk.

Tambahan lagi, dia turut bertindak membakar pakaian sendiri serta anaknya,

Meskipun dalam keadaan dipasung, ia tidak membataskan kasih sayang seorang ibu kepada permata hatinya apabila masih menyusui anaknya sewaktu dipasung.

“Lebih-lebih lagi, dalam rumah itu mempunyai mentua yang sudah tua. Oleh itu keluarga mentuanya itu terpaksa memasung kaki kanan ibu tersebut selama dua hari bagi memastikan keselamatan terkawal,” katanya.

Bagaimanapun, wanita berkenaan telah dilepaskan dan kini si ibu bersama anaknya telah dijemput oleh pihak keluarga untuk tinggal di rumah mereka di salah satu daerah di Kabuten Manggarai.

image is not available

“Menurut pihak mentua, keadaan wanita itu kini semakin pulih dan tidak mengamuk lagi. Dia juga sudah boleh menguruskan bayinya dan tinggal bersama keluarganya,” jelas Stefanus.

Tambahnya, suami wanita berkenaan yang berasal dari Kecamatan Kota Komba telah meninggal dunia.

Selepas kematian suaminya, ibu terbabit berkahwin dengan seorang lelaki warga kecamatan Rana Mesa dan mempunyai seorang cahaya mata . Suami keduanya kini sedang bekerja di Kalimantan.

Sumber: Kompas.com