Dipercayai angkara ibu, kanak-kanak setahun 10 bulan positif dadah

12 Jul 2023 • 6:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

IPOH, 12 JULAI: Polis menahan seorang wanita kerana dipercayai menyebabkan anak perempuannya berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid, berkata pihaknya menerima laporan daripada doktor di Hospital Taiping semalam berkaitan kanak-kanak itu yang didapati positif dadah jenis amphetamine dan methaphetamine.

“Mangsa dikatakan dihantar ke rumah nenek oleh ibu mangsa berusia 22 tahun kerana mahu membeli barang keperluan di kedai runcit. Mangsa yang ketika itu mahu tidur tiba-tiba menangis dan menunjukkan tingkah laku yang tidak terkawal.

“Ibu mangsa telah membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Razlam berkata ujian saringan air kencing mendapati ibu mangsa, yang juga suri rumah, positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved