
Dilapor akan membuka agensinya sendiri, pasti ramai peminat yang risau jika Baek-hyun akan tinggalkan SM dan EXO.
Sebelum ini, Baek-hyun, Chen dan Xiumin telah menfailkan notis tamat kontrak bersama SM Entertainment dek konflik yang tak dapat diselesaikan namun telah mencapai persutujuan pada akhirnya.
Terbaru, Baek-hyun telah mengambil masa untuk berborak bersama peminat menerusi laman Twitter. Khususnya, ada seorang peminat bertanya,
Baek-hyun ah, adakah awak akan tinggalkan EXO? Saya tak suka, saya akan menangis

Respon idola itu membuatkan ramai lega,
Saya tidak akan pergi, EXO adalah satu, saya tidak akan pecahkan ‘We Are One’, jangan risau hehe.
Selepas melihat pengakuan Baek-hyun itu, ramai peminat telah meluahkan rasa gembira mereka kerana akan dapat melihat EXO dengan 8 ahli lagi di masa hadapan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Dipercayai Bakal Keluar Dari EXO? Ini Respon Baekhyun Pada Peminat first appeared on KimchiDaily.my.
