Dipercayai Berkaitan Dengan Pemindahan Saham Syarikat, Anak Taib Fail Saman Terhadap Raghad

16 Jun 2023 • 3:44 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anak tiri Raghad telah memfailkan saman terhadapnya

Dipercayai Berkaitan Dengan Pemindahan Saham Syarikat, Anak Taib Fail Saman Terhadap Raghad. Dilaporkan anak tiri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib, telah memfailkan saman terhadapnya.

Sulaiman, anak Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, telah memfailkan saman terhadap ibu tirinya apa yang dipercayai berkaitan dengan pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.

image is not available
Dipercayai Berkaitan Dengan Pemindahan Saham Syarikat, Anak Taib Fail Saman Terhadap Raghad

Sebutan kes dijadualkan pada hari Isnin

Menurut laporan, Sulaiman, yang merupakan anak kedua Taib hasil perkahwinannya dengan Allahyarham Datuk Patinggi Puan Sri Laila Taib, telah memohon perintah injuksi terhadap Raghad.

Peguam Sulaiman, Alvin Chong, enggan mendedahkan sebarang butiran ketika dihubungi tetapi ia difahamkan kes tersebut berkaitan dengan pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.

image is not available
Raghad kini disaman oleh anak tirinya atas apa yang dipercayai berkaitan dengan pemindahan saham syarikat kepadanya. Kredit: Wikimedia Commons

Semakan pantas ke atas notis Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi mendapati sebutan kes akan didengar pada hari Isnin depan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alexander Siew.

Menurut notis tersebut, Raghad dan seorang lagi sebagai defenden telah dinamakan.

Sulaiman merupakan pengarah urusan Cahya Mata Sarawak Group dan juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pelancongan persekutuan dan bekas Ahli Parlimen Kota Samarahan.

Lagi di sini: