Dipercayai Cas Telefon Ketika Tidur, Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik

LocalTechnology
7 Mar 2025 • 9:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dipercayai Cas Telefon Ketika Tidur, Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik

Seorang remaja perempuan di Thailand dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik selepas dipercayai mengecas telefon bimbitnya ketika tidur, lapor The Thaiger.

Dalam pada itu, pihak polis turut mendapati kesan terbakar daripada kabel pengecas telefon sewaktu kejadian.

Pegawai bertugas, Sarjan Den Wanyang, menerusi hantaran di Facebook menjelaskan bahawa mayat mangsa telah ditemukan oleh ketua kampung.

Remaja meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika tidur

“Saya ingin memaklumkan bahawa kami menerima laporan bahawa seorang gadis berusia 15 tahun telah meninggal dunia akibat renjatan elektrik ketika berbaring di atas katil sambil bermain telefon pada 7 Mac, kira-kira jam 5.30 pagi,” katanya.

Menurut The Thaiger, pasukan polis dan doktor dari Hospital Sikhoraphum sedang menjalankan proses bedah siasat bagi menyiasat punca kejadian secara menyeluruh.

Difahamkan, pihak berkuasa turut memuatnaik sebuah gambar yang menunjukkan kabel sambungan dan kabel USB Type-C disambungkan tanpa alat pembolehubah elektrik (adapter).

Kabel USB boleh mengalami gangguan elektromagnnetik

Sementara itu, seorang pengguna Facebook tampil menjelaskan litar pintas daripada pengecasan USB sering berpunca daripada penapis bunyi dalam sistem voltan tinggi yang bocor atau mengalami litar pintas.

Keadaan ini boleh menyebabkan arus voltan tinggi mengalami gangguan elektromagnnetik melalui kabel USB, iaitu bahagian yang bersambung dengan telefon yang dipegang oleh mangsa.

The Thaiger berkata arus voltan tinggi boleh merosakkan tisu dan saluran darah, menyebabkan pendarahan dalaman atau luaran.

Manakala, pengecutan otot yang teruk akibat renjatan elektrik juga boleh menyebabkan koyakan dan kecederaan.