Dipercayai Enam Hari Terperangkap Dalam Kontena, Budak Lelaki Berjaya Diselamatkan

19 Jan 2023 • 11:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dipercayai Enam Hari Terperangkap Dalam Kontena, Budak Lelaki Berjaya Diselamatkan

KLANG — Seorang kanak-kanak lelaki warga Bangladesh berjaya diselamatkan selepas dipercayai enam hari berada dalam sebuah kontena yang tiba di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Rabu.

Memetik Sinar Harian, pada 13 Januari lalu kontena tersebut telah dilaporkan berlepas dari sebuah pelabuhan di Bangladesh.

Menerusi video tular di media sosial, mangsa ditemukan selepas dipercayai terkunci di dalam kontena tersebut selama enam hari.

Tambahan lagi, dalam klip rakaman berdurasi 56 saat itu menunjukkan anggota polis bantuan pelabuhan menemukan mangsa dalam keadaan tidak bermaya sebaik sahaja pintu kontena dibuka.

Difahamkan, kejadian itu disedari selepas salah seorang kakitangan pelabuhan terdengar ketukan dari dalam kontena itu.

Hasil siasatan awal mendapati, kanak-kanak itu dipercayai tertidur selepas tidak menyedari dirinya telah dibawa bersama kapal sebelum berlepas dari pelabuhan.

Susulan itu, mangsa telah menjalani pemeriksaan dan proses dokumentasi selepas dihantar ke hospital.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu dipercayai telah dihantar pulang ke negara asal dengan menaiki kapal yang sama pada Khamis, lapor Sinar Harian.