Dipercayai Hilang Dibawa Arus Deras, Rakan Mohon Doa Buat Petugas Sabah Electricity

LocalEnvironment
17 Sep 2025 • 5:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Dipercayai Hilang Dibawa Arus Deras, Rakan Mohon Doa Buat Petugas Sabah Electricity

Seorang petugas Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dipercayai hilang dibawa arus deras ketika melaksanakan tugas di sebuah kampung di Keningau, malam tadi.

Petugas Sabah Electricity hilang dibawa arus deras

Sabah Electricity dalam satu kenyataan berkata, pasukan penyelamat bersama pihak berkuasa berkaitan telah digerakkan ke lokasi dan usaha pencarian sedang giat dijalankan.

image is not available

“Keutamaan kami ketika ini ialah keselamatan serta kebajikan kakitangan terbabit, di samping memberi sokongan penuh kepada keluarga mangsa.

“Sabah Electricity akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam operasi ini, dan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa,” katanya awal pagi tadi.

Menerusi tinjauan di media sosial, warganet mendakwa mangsa dikenali sebagai Masdeh Rosmin, berusia lingkungan 30-an.

Rata-rata rakan mangsa memuat naik hantaran di laman Facebook, meluahkan rasa bimbang selain memanjatkan doa agar urusan pencarian Masdeh dipermudahkan serta mangsa ditemui dengan selamat.

Semoga dipermudahkan

image is not available

Bekas anak didikku ada dalam kereta itu

image is not available

Doakan mangsa dapat diselamatkan

image is not available

Mohon doa semua

image is not available

Moga kau ditemui sahabat

image is not available

Sementara itu, SESB memohon semua pihak agar menghormati sensitiviti situasi ini dan memberi ruang kepada keluarga mangsa yang sedang melalui detik sukar.

Terdahulu, tular video berdurasi 38 saat di media sosial memaparkan kenderaan pacuan empat roda syarikat berkenaan terperangkap dalam banjir sehingga dibawa arus deras.

Media melaporkan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Mohd Pisar Aziz berkata, jumlah mangsa yang terlibat adalah tiga petugas SESB, dua berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi dibawa arus banjir.

Sumber: Facebook SESB & search