Dipercayai Melebihi Kapasiti, Puluhan Pengunjung Festival Muzik Di Jakarta Dilapor Pengsan

30 Oct 2022 • 3:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dipercayai Melebihi Kapasiti, Puluhan Pengunjung Festival Muzik Di Jakarta Dilapor Pengsan

INDONESIA — Sebuah festival muzik dilaporkan terpaksa dihentikan oleh pihak polis berikutan puluhan penonton pengsan dalam kejadian di Istora Senayan, Jakarta Pusat malam tadi.

Memetik laporan Detik News, kejadian itu berlaku disebabkan kehadiran pengunjung yang melebihi kapasiti di lokasi tersebut.

Berdasarkan imej yang tular di media sosial, ‘lautan’ pengunjung dilihat membanjiri lokasi tersebut dalam keadaan berhimpit dan bersesak-sesak di antara satu sama lain.

Malahan, terdapat juga segelintir penonton yang sanggup duduk di balkoni pintu masuk walaupun dalam keadaan kepanasan.

Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Kombes Komarudin berkata terdapat sekurang-kurangnya puluhan pengunjung yang pengsan dalam kejadian tersebut.

image is not available
Gambar: Detik News

“Di padang yang terlalu sesak, ramai orang yang pengsan tadi,” katanya.

Tambah Komarudin, beberapa penonton turut dilaporkan cedera susulan ramai yang berhimpit-himpit.

Difahamkan, festival muzik itu diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lalu hingga Ahad.

Bagaimanapun, berikutan kejadian itu, konsert yang sepatutnya berakhir pada jam 11 malam waktu tempatan terpaksa dihentikan lebih awal pada jam 10 malam.

“Jadi kami terpaksa menghentikan konsert nyanyian itu yang diadakan di Istora kerana terlalu ramai dan berisiko kepada penonton,” katanya lagi.

Sumber: Detik.com