Diperdaya Rakan Sertai Pelaburan Kripto ‘Sat Coin’, Pemilik Bistro Di Kuching Lesap RM 370K

28 Jan 2024 • 4:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki diperdaya pelaburan kripto di Kuching

Diperdaya Rakan Sertai Pelaburan Kripto ‘Sat Coin’, Pemilik Bistro Di Kuching Lesap RM 370K. Harapkan pegar, pegar makan padi, dilaporkan bahawa seorang pemilik sebuah bistro di Kuching telah mengalami kerugian berjumlah RM 370,000 setelah ditipu rakan sendiri untuk menyertai pelaburan dalam talian.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata lelaki berusia 40-an itu terpedaya dengan tawaran rakannya untuk menyertai pelaburan kripto dikenali sebagai ‘Sat Coin’ pada bulan Oktober 2021.

image is not available
Diperdaya Rakan Sertai Pelaburan Kripto ‘Sat Coin’, Pemilik Bistro Di Kuching Lesap RM 370K

Suspek telah menjanjikannya keuntungan

Menurut mangsa, suspek telah menjanjikannya keuntungan tetap sebanyak 10 peratus setiap bulan dan modal akan dipulangkan dalam tempoh masa setahun, dengan menawarkan dua pakej pelaburan iaitu USD30,000 dan USD10,000 kepada mangsa.

Akibat tertarik dengan tawaran suspek, mangsa kemudian melakukan 16 transaksi pemindahan dalam talian berjumlah RM370,000 melalui aplikasi ‘Binance’ serta tiga akaun bank milik suspek dan sebuah syarikat tidak dikenali pada Oktober 2021 sehingga April 2022.

Suspek kemudiannya memberikan ID akaun laman sesawang ‘Restart’ kepada mangsa untuk membolehkan beliau memantau keuntungan dan modal yang dilaburkan, kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

image is not available

Mangsa menyedari telah ditipu

Datuk Mancha menjelaskan bahawa mangsa hanya menyedari ditipu setelah dia tidak berjaya mengakses laman sesawang ‘Restart’ berkenaan kerana akaunnya telah disekat pada Mei 2022.

Tambah beliau lagi, suspek juga telah menghilangkan diri dan gagal dihubungi selepas itu sebelum mangsa membuat laporan polis pada 26 Januari lalu untuk siasatan lanjut.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/jalan-empat-lorong-2-hala-pan-borneo-di-tatau-bakal-dibuka/

https://www.iloveborneo.my/airasia-kini-tawar-penerbangan-direct-kuching-penang/

View Original Article