Diperkosa Dua Lelaki Rohingya, Remaja Usia 15 Tahun Ditinggalkan Di Taman Permainan

20 Sep 2023 • 2:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang remaja perempuan telah ditemui di taman permainan di Batu Berendam, Melaka pada Khamis lalu selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah disyaki dirogol dua lelaki warga Rohingya.

image is not available

Menurut laporan Sinar Harian, pelajar berusia 15 tahun itu disyaki dirogol secara bergilir-gilir oleh kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 14 tahun dan 27 tahun di tepi Pantai Klebang.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, laporan polis telah dibuat oleh abang mangsa sehari selepas kejadian dan dalam tempoh 24 jam, kedua-dua suspek berjaya diberkas oleh pihak polis.

image is not available

Menurutnya, siasatan awal mereka mendapati mangsa baru sehari berkenalan dengan salah seorang suspek berusia 14 tahun melalui aplikasi Whatsapp.

“Mangsa keluar rumah pada jam 2 petang pada 14 September lalu untuk bersiar-siar dengan rakan lelaki yang baharu dikenalinya itu dengan membonceng motosikal sebelum bertemu dengan seorang lagi lelaki Rohingya berumur 27 tahun di sebuah restoran di Klebang.

“Mangsa kemudian dibawa bersiar-siar menaiki sebuah kereta jenis Proton Preve di kawasan Pantai Klebang sebelum dirogol oleh kedua-dua individu terbabit.

“Selepas itu, mangsa ditinggalkan di sebuah taman permainan di kawasan Batu Berendam antara jam 2 hingga 3 pagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Zainol berkata, pemeriksaan pakar perubatan di Hospital Melaka mendapati terdapat kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 15 September lalu hingga 21 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

image is not available

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob) & Berita Harian (Meor Riduwan Meor Ahmad)