Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memberi respon netizen yang mempersoalkan hasil dilakukan susulan pengumuman pelaburan negara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Dipersoal tentang hasil pelaburan

Menerusi satu hantaran di aplikasi X, beliau memaklumkan ia bukan satu perkara mudah sebaliknya pelbagai proses perlu dilakukan yang mengambil masa beberapa bulan.
"Alah, ni baru umum je, satu sen pelaburan pun belum masuk Malaysia lagi”
Ya lah. Bila pelaburan tu lulus, bukan esok dah boleh buka kilang. Nak kena beli tanah, bina kilang, kemudian nak beli dan pasang peralatan kompleks lagi. pic.twitter.com/e0Wuo58V07
— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) February 26, 2024
“Ya lah. Bila pelaburan tu lulus, bukan esok dah boleh buka kilang. Nak kena beli tanah, bina kilang, kemudian nak beli dan pasang peralatan kompleks lagi.
“Projek perkilangan secara umumnya akan mengambil masa 18 hingga 24 bulan untuk siap. Macam orang selalu kata, hari ni nikah takkan esok terus dapat anak?,” tulisnya pada Isnin.
Tengku Zafrul berkata, bagaimanapun, 50.1% projek yang diluluskan pada tahun 2023 telah mencapai peringkat dilaksanakan.
“Insya-Allah, MITI dan MIDA akan berusaha meningkatkan kadar pelaksanaannya,” ujarnya.
Terdahulu, Anwar ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaburan Negara mengumumkan Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM329.5 bilion tahun lalu.

Sumber: X Tengku Zafrul
The post Dipersoal Tentang Hasil Pelaburan, Ini Respon Tengku Zafrul appeared first on Borak Daily.


