Dipilih Sebagai MPT, Wan Ahmad Fayhsal Ucap Terima Kasih Kepada Jentera & Perwakilan

LocalPolitics
5 Nov 2024 • 10:47 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengucapkan terima kasih kepada jentera peribadi dan perwakilan seluruh negara selepas dia dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi penggal 2024-2027.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Wan Ahmad Fayhsal berkata BERSATU akan bergerak dengan lebih hebat bagi menerajui semula Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri demi rakyat.

Wan Ahmad Fayhsal dipilih sebagai MPT BERSATU

image is not available

“Ucapan pengharagaan juga saya berikan kepada seluruh jentera #TeamWAF, apsukan petugas Jawatankuasa Pemilihan Parti, pasukan petugas Ibu Pejabat BERSATU serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk musim pemilihan kali ini

“Semoga BERSATU akan terus mekar dan terus terkehadapan demi maruah agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Wan Ahmad Fahysal merupakan antara 20 MPT yang dipilih melalui Persidangan Bahagian-bahagian BERSATU yang diadakan serentak di seluruh negara pada Sabtu lalu.

Menerusi persidangan sama, tiga naib presiden rasmi dilantik iaitu ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin dan bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yasin kekal sebagai Presiden parti berkenaan, manakala Setiausaha Agungnya iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin mengisi jawatan Timbalan Presiden selepas masing-masing menang tanpa bertanding.

Sumber: Facebook Wan Ahmad Fayhsal