“Dipintas 3 Kereta & Dipaksa Tekan Complete Job..” – Pemandu E-Hailing Dakwa Saksikan Tangkapan Pamela

LocalPolitics
6 May 2025 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pemandu e-hailing mendakwa dia dipaksa menekan butang ‘complete job’ sebelum penumpangnya, Datin Seri Pamela Ling Yueh, dibawa masuk ke dalam satu daripada tiga kenderaan yang memintas mereka berhampiran Ibu Pejabat Suruhanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, 9 April lalu.

Memetik laporan Harian Metro, pemandu terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Kok, 55, memberitahu dalam insiden yang berlaku sekitar jam 2 petang ketika dia dalam perjalanan menghantar wanita berkenaan dari Velocity Tower, Cheras, ke pejabat SPRM.

image is not available

gambar hiasan

Menurutnya, ketika hampir tiba ke bangunan SPRM, tiba-tiba tiga kereta muncul dari depan, di belakang dan di sisi kenderaannya sebelum terus menghalang laluan.

Kemudian, keluar dua lelaki dan seorang wanita dari dua kereta, manakala tiada orang keluar dari satu lagi kereta.

 

Saya lihat dua lelaki itu pakai vest polis, seorang lagi wanita pakai pakaian seragam polis menghampiri kereta saya serta memaklumkan ingin menahannya (Pamela) bagi membantu siasatan selepas menerima laporan polis.

Difahamkan, pada awalnya Pamela enggan keluar dari kereta sebelum wanita berpakaian polis itu cuba hendak tariknya keluar.

image is not available

gambar hiasan

Dua lelaki lain kemudian menerangkan ini adalah tangkapan dan mendakwa hanya akan menghantar pelanggan saya itu (Pamela) ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

 

Barulah ketika itu wanita terbabit turut dan dia membayar RM100 kepada saya untuk kos penghantaran sebelum penculik itu memaksa saya menekan butang complete job.

Pemandu itu turut memberitahu Mykad, lesen dan nombor telefonnya diambil sebelum mereka beredar dan dia telah membuat laporan polis kerana mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, selain tidak dapat bekerja selama dua minggu sementara menunggu lesen baru siap.

image is not available 3 days ago

Wanita Hilang Sejak 9 April Ketika Dalam Perjalanan Ke SPRM