Dipukul, disamun sekumpulan lelaki

13 Jul 2022 • 3:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PASIR GUDANG - Seorang lelaki dipukul sebelum disamun sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah flat di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku pada jam 4.05 pagi di bawah flat tersebut ketika mangsa berjalan berseorangan diri untuk pulang ke rumahnya.

"Mangsa dipukul sekumpulan suspek tanpa senjata dan barangan peribadi milik mangsa dirampas. Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan di bahagian bibir dan sakit di bahagian bahu kanan.

"Barangan yang dirampas termasuk sebuah telefon bimbit jenis Vivo V2, dompet mengandungi kad pengenalan mangsa dan wang tunai SGD 460 (RM1,449)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, mangsa yang berusia 23 tahun dan merupakan penghuni di flat tersebut kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Bertindak atas maklumat, pada jam 6.07 petang, sepasukan polis daripada bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam membuat tangkapan terhadap lima warga tempatan di sekitar Pasir Gudang," katanya.

Semua suspek katanya, berusia antara 20 hingga 32 tahun dan semakan rekod mendapati tiga suspek memiliki empat rekod jenayah lampau.

Sohaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh hingga 20 tahun dan dikenakan denda atau sebatan.

"Semua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 KPJ selama lima hari mulai 13 Julai hingga 17 Julai depan," ujarnya.

Pihaknya berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh kurang 24 jam selepas mangsa membuat laporan polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved