Dira selesa di DUN Rim, bersedia pertahan

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 4:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dira selesa di DUN Rim, bersedia pertahan

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar mengakui selesa berkhidmat di kawasan berkenaan, sekali gus tidak teragak-agak untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, katanya, pengalaman hampir lima tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN Rim membolehkannya memahami selok-belok kawasan tersebut serta keperluan penduduk setempat.

Katanya, beliau bersedia menawarkan diri untuk mempertahankan kerusi tersebut sekiranya diberi kepercayaan oleh Barisan Nasional (BN), dengan keyakinan mampu membantu parti meraih kemenangan di DUN berkenaan.

“Secara peribadi, saya selesa untuk teruskan perkhidmatan saya di dalam kawasan yang sama iaitu Rim. Kita sudah kenal dan kita sudah boleh bekerja dan berkhidmat untuk rakyat di sini. Senang cerita, kita sudah selesalah.

“Tetapi apa pun, kita nak pertahankan kemenangan itu kerana BN memang tidak pernah kalah di kawasan tersebut. Oleh itu, saya menawarkan diri untuk bertanding di kawasan yang sama” katanya ketika ditemui.

Pada PRN sebelum ini, Dira memperoleh majoriti 1,327 dengan menewaskan dua lagi calon selepas memperoleh undian sebanyak 4,037 undi.

Mengulas lanjut, Dira turut berkata bagaimanapun beliau menyerahkan keputusan kepada kepimpinan tertinggi dan beliau akur akan keputusan terseut.

“Saya hanya menawarkan diri, tetapi akhirnya terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan siapa yang layak untuk bertanding di kawasan Rim,” katanya. –UTUSAN

 

The post Dira selesa di DUN Rim, bersedia pertahan appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved